mcmc
Laporan Aktiviti

TINY TECHIES : PHYTON IN ANIMATION 1

Tarikh18 April 2026
Masa11.00 pagi -12.00 tengahari
TempatNADI Taman Harmoni
Peserta3 Orang

Tujuan:

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai asas pengaturcaraan Python melalui pendekatan yang kreatif dan interaktif. Selain itu, ia juga bertujuan membantu peserta memahami konsep asas coding dengan lebih mudah serta menarik minat peserta untuk meneroka bidang pengaturcaraan dan animasi digital.

Aktiviti:

Webinar ini dijalankan selama satu jam dengan pengisian berbentuk teori dan demonstrasi. Peserta diperkenalkan dengan asas pengaturcaraan Python termasuk sintaks asas, penggunaan arahan mudah serta konsep logik dalam penghasilan animasi.

Sepanjang sesi, penceramah menunjukkan cara menghasilkan animasi ringkas yang interaktif menggunakan Python, sekaligus membantu peserta memahami aplikasi sebenar dalam dunia digital. Peserta turut didedahkan dengan langkah-langkah menghasilkan animasi secara berperingkat dengan kaedah yang mudah difahami.

Program ini juga disertakan dengan perkongsian tips dan teknik bagi memudahkan peserta mempelajari coding dengan lebih menyeronokkan. Sesi diakhiri dengan soal jawab bagi memberi peluang kepada peserta mendapatkan penjelasan lanjut serta meningkatkan kefahaman terhadap topik yang dipelajari.