mcmc
Laporan Aktiviti

TINY TECHIES : BENGKEL UNBOXING KIT TINY TECHIES IoT(SEKOLAH MENENGAH)

Tarikh27 Julai 2025
Masa10.00 pagi – 11.00 pagi
TempatNADI Taman Harmoni
Peserta1 Orang

Tujuan:

Bengkel ini bertujuan untuk memperkenalkan pelajar sekolah menengah kepada dunia Internet of Things (IoT) melalui sesi unboxing dan pengenalan kepada komponen dalam Kit Tiny Techies IoT. Ia juga memberi pendedahan awal tentang cara menggunakan kit tersebut untuk membina projek digital berasaskan teknologi pintar.

Aktiviti:

1. Pengenalan kepada konsep asas Internet of Things (IoT).

2. Sesi unboxing Kit Tiny Techies yang merangkumi sensor, papan litar, modul WiFi dan komponen elektronik asas.

3. Demonstrasi ringkas sambungan dan pengendalian kit menggunakan platform pembelajaran digital.

4. Perkongsian projek mini IoT yang boleh dibangunkan menggunakan kit tersebut.

5. Sesi soal jawab bersama fasilitator.