mcmc
Laporan Aktiviti

TEKNOLOGI KESIHATAN: BANTU KITA SIHAT ATAU BUAT KITA LALAI?  | W116

Tarikh16 Januari 2026
Masa10.30 pagi – 11.30 pagi
TempatNADI Taman Harmoni
Peserta1 Orang

Tujuan:

Objektif program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran peserta tentang penggunaan teknologi kesihatan secara berhemah, memberi kefahaman mengenai kebaikan dan risiko bergantung sepenuhnya kepada aplikasi dan teknologi kesihatan, serta memberi pendedahan daripada sudut pandang profesional perubatan khususnya dalam persekitaran hospital kecemasan.

Aktiviti:

Sepanjang program berlangsung, peserta telah mengikuti sesi perkongsian ilmu oleh Dr. Chan Zi Nian yang membincangkan realiti penggunaan teknologi kesihatan berdasarkan pengalaman sebenar di jabatan kecemasan. Penceramah turut mengupas isu salah tafsir simptom, kelewatan mendapatkan rawatan akibat kebergantungan kepada aplikasi, serta kepentingan mendapatkan nasihat perubatan yang sahih. Sesi soal jawab turut diadakan bagi membolehkan peserta bertanya soalan dan berkongsi pandangan berkaitan topik yang dibincangkan.