mcmc
Laporan Aktiviti

SLS MAHIR : PORTUGUESE EGG TART

Tarikh6 Mac 2026
Masa9.30 pagi – 11.00 pagi
TempatNADI Taman Harmoni
Peserta2 Orang

Tujuan:

Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai teknik dan cara penyediaan Portuguese Egg Tart secara betul. Selain itu, program ini juga membantu peserta meningkatkan kemahiran dalam bidang penyediaan makanan serta memberi idea kepada peserta untuk menyediakan hidangan pencuci mulut yang sesuai untuk juadah berbuka puasa dan jamuan hari raya.

Aktiviti:

Program dimulakan dengan sesi pengenalan mengenai bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan Portuguese Egg Tart. Penceramah seterusnya menunjukkan langkah demi langkah proses penyediaan, bermula daripada penyediaan doh pastri, penyediaan inti kastard, sehingga proses membakar tart sehingga sempurna.

Sepanjang sesi berlangsung, peserta turut diberikan tips dan teknik untuk menghasilkan tekstur pastri yang rangup serta inti yang lembut dan berkrim. Peserta juga berpeluang bertanya soalan dan berkongsi pengalaman berkaitan penyediaan pastri. Program diakhiri dengan sesi rumusan serta perkongsian cadangan hidangan Portuguese Egg Tart sebagai pencuci mulut untuk majlis berbuka puasa atau jamuan hari raya.