| Tarikh | 5 Mac 2026 |
| Masa | 11.30 pagi – 12.30 tengahari |
| Tempat | NADI Taman Harmoni |
| Peserta | 1 Orang |
Tujuan:
Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai tips dan teknik penggayaan fesyen yang sesuai untuk sambutan Hari Raya. Selain itu, program ini juga membantu meningkatkan keyakinan diri peserta dalam memilih pakaian, padanan warna serta aksesori yang bersesuaian dengan trend semasa.
Aktiviti:
Program dimulakan dengan sesi pengenalan oleh hos dan penceramah jemputan, Wawa Idris. Seterusnya, penceramah berkongsi tips penggayaan pakaian raya termasuk pemilihan pakaian mengikut bentuk badan, padanan warna, serta penggunaan aksesori yang sesuai untuk tampil bergaya. Sepanjang sesi berlangsung, peserta juga berpeluang mengemukakan soalan secara langsung melalui ruangan komen YouTube dan penceramah memberikan maklum balas serta cadangan berkaitan fesyen raya. Program diakhiri dengan sesi rumusan dan ucapan penutup.
