| Tarikh | 18 Disember 2024 |
| Masa | 8.00 pagi – 12.30 tengahari |
| Tempat | Dewan Orang Ramai Majlis Perbandaran Kuala Langat |
| Peserta | 300 Orang |
Tujuan:
- Menjalankan aktiviti promosi dan kesedaran kepada komuniti.
- Memperkenalkan lima perkhidmatan pintar NADI kepada komuniti.
- Menjalankan pemeriksaan kesihatan kepada pengunjung.
- Menjalankan NADI X Pembelajaran sepanjang hayat kepada anak-anak yang berminat.
Aktiviti:
1. Penerangan berkenaan NADI (fungsi, kemudahan, kelebihan Ahli NADI dan dan aktiviti serta program yang dijalankan di NADI).
2. Peserta diberi maklumat mengenai perkhidmatan pintar yang juga sedang berlangsung antaranya NADI X Pembelajaran Sepanjang Hayat, Keahlian Percuma kepada pengunjung, NADI X Kesejahteraan Kendiri, NADI X Kesedaran dan juga NADI X Inisiatif Kerajaan.
3. Pengunjung yang membawa anak-anak dibenarkan untuk mengikuti NADI X Pembelejaran sepanjang hayat dengan mengikuti aktiviti seperti mewarna dalam talian dan membuat kod pengaturcaraan yang mudah melalui Robocodo.
4. Pengunjung dewasa pula boleh menjalani pemeriksaan kesihatan seperti pemeriksaan bacaan tekanan darah, pemeriksaan bacaan gula dalam darah dan pemeriksaan BMI.