mcmc
Laporan Aktiviti

PROGRAM KHAS MERDEKA & HARI MALAYSIA @ NADI

Tarikh7 September 2025
Masa10.00 pagi – 4.00 petang
TempatNADI Taman Harmoni
Peserta50 Orang

Tujuan:

1.Meraikan semangat patriotisme sempena Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.

2.Menggalakkan penyertaan komuniti dalam aktiviti sihat, kreatif dan berinformasi.

3.Mempromosikan nilai perpaduan dan kecintaan terhadap negara melalui pelbagai aktiviti interaktif.

4.Menarik minat pelbagai lapisan masyarakat untuk menyertai program NADI dan menjadi ahli aktif.

Aktiviti:

1.Pendaftaran Ahli NADI

Sesi pendaftaran terbuka kepada orang awam untuk menjadi ahli komuniti NADI.

2.Saringan Kesihatan

Pemeriksaan kesihatan asas seperti tekanan darah dan tahap glukosa secara percuma.

3.Tayangan Ulangan Sambutan Merdeka

Tayangan semula rakaman sambutan Hari Kemerdekaan sebagai penghayatan sejarah dan semangat patriotik.

4.Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak

Aktiviti mewarna bertemakan Merdeka untuk kanak-kanak secara fizikal.

5.Pertandingan Mewarna Sekolah Rendah Tahap 1 (Online)

Penyertaan secara atas talian bagi murid tahap 1 dengan tema kemerdekaan.

6.Pertandingan Mobile Legend ‘Friendly Match’

Perlawanan persahabatan antara pasukan NADI Taman Harmoni dan NADI Kg Kundang.

7.Pertandingan Hias Cup Cake Tema Merdeka & Hari Malaysia

Aktiviti kreatif menghias kek cawan dengan elemen patriotik.

8.Program ini berjaya menggabungkan elemen pendidikan, kesihatan, kreativiti dan hiburan dalam satu platform komuniti yang inklusif.