| Tarikh | 15 November 2024 |
| Masa | 8.30 pagi – 5.00 petang |
| Tempat | NADI Taman Harmoni |
| Peserta | 10 Orang |
Tujuan:
Program kerjasama yang melibatkan peserta Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) zon Sepang dan NADI Taman Harmoni bertujuan untuk meningkatkan kemahiran penggunaan bahan pemasaran produk melalui telefon dalam melancarkan .
Aktiviti:
1. Peserta mendaftar dengan menulis kehadiran dan menjalankan saringan kesihatan terlebih dahulu sebelum bersarapan.
2. Setelah selesai sarapan, program bermula dengan penerangan berkenaan NADI (fungsi, kemudahan, kelebihan Ahli NADI dan dan aktiviti serta program yang dijalankan di NADI).
3. Peserta diberi penerangan berkenaan Tiktok Shop dan penggunaannya di dalam telefon peserta. Peserta juga ditunjukkan bagaimana untuk menggunakan Piscart dan Canva bagi memasarkan produk mereka. Disamping itu juga, peserta didedahkan dengan penggunaan AI Chat GPT dalam menghasilkan penerangan dan gambar berkenaan perkhidmatan dan produk mereka.
4. Peserta memahami kandungan modul dan dapat menjawab soalan yang diutarakan oleh petugas.
_______________________________________________________________________________________________________________________