| Tarikh | 15 Januari 2026 |
| Masa | 10.00 pagi – 12.00 tengahari |
| Tempat | Kediaman Peserta |
| Peserta | 2 Orang |
Tujuan:
Objektif program ini adalah untuk meningkatkan kefahaman peserta tentang konsep perancangan perniagaan, memperkenalkan komponen utama pelan perniagaan seperti produk, pasaran sasaran, kos dan strategi pemasaran, serta membantu peserta membina asas pemikiran keusahawanan yang lebih tersusun dan berdaya saing.
Aktiviti:
Sepanjang program berlangsung, peserta telah mengikuti sesi penerangan tentang elemen-elemen penting dalam perancangan perniagaan melalui slaid dan contoh situasi sebenar. Peserta turut dibimbing untuk mengenal pasti idea perniagaan masing-masing, menetapkan sasaran pelanggan serta menganggarkan kos dan harga jualan. Selain itu, sesi perbincangan dan soal jawab turut diadakan bagi membolehkan peserta berkongsi pandangan, bertanya soalan dan mendapatkan penjelasan lanjut.
