mcmc
Laporan Aktiviti

MAHIR PERTANIAN PINTAR SLS : JDM WETTING AGENT : BUAT SENDIRI, HASIL PADU

Tarikh10 Disember 2025
Masa9.30 pagi – 10.30 pagi
TempatNADI Taman Harmoni
Peserta1 Orang

Tujuan:

Program ini dianjurkan bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada peserta mengenai konsep pertanian pintar, khususnya berkaitan penggunaan JDM Wetting Agent dalam aktiviti pertanian. Program ini juga bertujuan membimbing peserta untuk memahami kaedah menghasilkan wetting agent sendiri secara mudah, kos efektif dan selamat, seterusnya membantu meningkatkan keberkesanan penyerapan nutrien oleh tanaman. Selain itu, program ini dapat menggalakkan komuniti untuk mengamalkan teknik pertanian yang lebih cekap, lestari dan berinovasi.

Aktiviti:

Program ini dijalankan secara dalam talian melalui siaran langsung YouTube dan melibatkan beberapa aktiviti utama seperti:

  1. Penerangan teori mengenai fungsi dan kepentingan wetting agent dalam pertanian.
  2. Demonstrasi pembuatan JDM Wetting Agent secara langkah demi langkah oleh penceramah.
  3. Perkongsian tip dan amalan terbaik dalam penggunaan wetting agent untuk meningkatkan hasil tanaman.
  4. Sesi soal jawab secara langsung, bagi memberi peluang kepada peserta mendapatkan penjelasan dan berkongsi pengalaman.
  5. Perbincangan ringkas berkaitan aplikasi praktikal dalam pertanian komuniti dan skala kecil.