mcmc
Laporan Aktiviti

MAHIR MASAK : MINGGU 4 – COOKIES

Tarikh02 – 06 Februari 2026
Masa3.00 petang – 4.30 petang
TempatNADI Taman Harmoni
Peserta3 Orang

Tujuan:

Objektif utama program ini adalah adalah untuk memberi pendedahan dan kemahiran asas kepada peserta dalam penyediaan dua jenis biskut iaitu Bubble Corn Rice dan Chocolate Soft Cookies. Program ini bertujuan meningkatkan pengetahuan peserta tentang bahan, sukatan yang betul, teknik penyediaan serta kaedah pembakaran yang sesuai bagi menghasilkan biskut yang berkualiti, di samping memupuk minat dalam bidang masakan dan keusahawanan makanan.

Aktiviti:

Sepanjang program berlangsung, peserta terlibat dalam sesi penerangan mengenai bahan-bahan yang digunakan, langkah penyediaan adunan serta teknik mencampur yang betul. Peserta dibimbing dalam proses membentuk dan membakar biskut Bubble Corn Rice dan Chocolate Soft Cookies dengan penerangan tentang kawalan suhu dan masa pembakaran. Sepanjang aktiviti, tip kebersihan dapur dan keselamatan turut ditekankan bagi memastikan penyediaan makanan dilakukan secara selamat dan teratur. Aktiviti ini dijalankan secara berperingkat bagi memastikan peserta memahami setiap langkah dan mampu menghasilkan biskut dengan hasil yang memuaskan.