| Tarikh | 26 – 30 Januari 2026 |
| Masa | 3.00 petang – 4.30 petang |
| Tempat | NADI Taman Harmoni |
| Peserta | 3 Orang |
Tujuan:
Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan peserta mengenai asas pembuatan mocktail dan coffee, memperkenalkan peralatan serta bahan yang sesuai, serta memberi kefahaman tentang langkah penyediaan yang betul dan kebersihan dalam penyediaan minuman. Selain itu, program ini turut bertujuan menggalakkan minat peserta terhadap bidang kulinari dan membuka peluang kemahiran yang boleh dimanfaatkan sebagai nilai tambah atau sumber pendapatan pada masa hadapan.
Aktiviti:
Sepanjang program berlangsung, peserta telah didedahkan dengan penerangan teori berkaitan jenis mocktail dan coffee, kaedah penyediaan asas, serta teknik mencampur bahan dengan betul. Aktiviti turut merangkumi demonstrasi penyediaan minuman secara langsung, perkongsian tip penyajian dan hiasan minuman, serta sesi soal jawab bagi memberi peluang kepada peserta mendapatkan penjelasan lanjut. Program dijalankan secara interaktif bagi memastikan penglibatan aktif peserta walaupun secara dalam talian.
