| Tarikh | 09 – 13 Februari 2026 |
| Masa | 3.00 petang – 4.30 petang |
| Tempat | NADI Taman Harmoni |
| Peserta | 1 Orang |
Tujuan:
Objektif utama program ini bertujuan untuk memberi kefahaman kepada peserta mengenai asas penyediaan draf pola baju kurung pesak dengan teknik yang betul dan sistematik. Selain itu, program ini membantu peserta memahami ukuran badan yang tepat, cara memindahkan ukuran ke atas kertas pola serta mengenal pasti bahagian-bahagian penting seperti badan, pesak dan lengan. Program ini juga bertujuan meningkatkan kemahiran asas jahitan dan keyakinan peserta dalam menghasilkan pola sendiri sebelum proses memotong kain dijalankan.
Aktiviti:
Aktiviti dimulakan dengan penerangan ringkas mengenai konsep pola dan fungsi pesak dalam rekaan baju kurung tradisional. Tenaga pengajar menunjukkan langkah-langkah mengambil ukuran badan dengan betul diikuti demonstrasi melakar pola di atas kertas pola. Peserta kemudian menjalankan aktiviti amali dengan melakar draf pola kurung pesak masing-masing berdasarkan ukuran yang telah diambil. Sepanjang sesi berlangsung, fasilitator membimbing peserta bagi memastikan ukuran dan lakaran dibuat dengan tepat. Program diakhiri dengan sesi semakan hasil kerja serta rumusan pembelajaran minggu kelima.
Program ini berjaya meningkatkan kefahaman dan kemahiran peserta dalam menyediakan draf pola kurung pesak sebagai persediaan ke peringkat jahitan sebenar.
