mcmc
Laporan Aktiviti

MAHIR JAHIT : JOM JAHIT SCRUNCHIE

Tarikh20 November 2025
Masa11.50 pagi – 12.20 tengahari
TempatNADI Taman Harmoni
Peserta1 Orang

Tujuan:

Program ini bertujuan memberi pendedahan asas kepada peserta mengenai cara mudah dan cepat untuk menjahit scrunchie DIY. Objektif utama ialah:

Menyediakan sesi pembelajaran ringkas namun padat dengan tunjuk ajar dan tip.

Mengajar teknik asas jahitan scrunchie yang praktikal dan mesra pemula.

Memberi idea kepada peserta bagaimana hasil jahitan boleh dijadikan produk jualan.

Aktiviti:

1.Pengenalan asas jahitan scrunchie termasuk peralatan dan jenis kain yang sesuai.

2.Demonstrasi langkah demi langkah cara memotong kain, menjahit, memasukkan getah dan menyiapkan scrunchie.

3.Perkongsian tip ringkas untuk memastikan hasil jahitan kemas dan menarik.

4.Penerangan tentang potensi jualan scrunchie sebagai produk DIY yang mudah dihasilkan.

5.Sesi galakan & inspirasi untuk membantu peserta mula menjahit sebagai hobi atau sumber pendapatan.

6.Program berjalan dengan lancar dan berjaya memberikan pemahaman asas kepada peserta mengenai teknik jahitan scrunchie. Sesi ini memberi peluang kepada peserta untuk mempelajari kemahiran mudah yang berpotensi menjana pendapatan melalui produk kreatif DIY.