mcmc
Laporan Aktiviti

MAHIR JAHIT INTAKE 3 MINGGU 2- KENALI ALATAN JAHITAN ( 19 – 23 JAN 2026 )

Tarikh19 – 23 Januari 2026
Masa3.00 petang – 4.30 petang
TempatNADI Taman Harmoni
Peserta1 Orang

Tujuan:

Objektif program ini adalah untuk memperkenalkan peserta kepada pelbagai jenis alatan jahitan, menjelaskan fungsi dan kegunaan setiap peralatan, serta meningkatkan kefahaman peserta tentang cara penggunaan alatan jahitan dengan betul dan selamat sebelum memulakan latihan praktikal.

Aktiviti:

Sepanjang webinar berlangsung, peserta telah mengikuti sesi penerangan mengenai alatan jahitan asas dan tambahan seperti jarum, benang, gunting, pita pengukur dan mesin jahit. Penceramah turut menerangkan fungsi setiap alatan serta cara penjagaan yang betul. Selain itu, sesi soal jawab turut diadakan bagi memberi peluang kepada peserta bertanya dan mendapatkan penjelasan lanjut berkaitan penggunaan alatan jahitan.