mcmc
Laporan Aktiviti

MAHIR INTAKE 2 : MASAK (SESI 2)

Tarikh29 Julai 2025
Masa9.30 pagi – 11.00 pagi
TempatNADI Taman Harmoni
Peserta1 Orang

Tujuan:

  • Webinar ini menekankan pentingnya pengendalian peralatan secara profesional, pematuhan kepada SOP, serta memberi pendedahan kepada teknik penyediaan minuman moden seperti mocktail. Ia merupakan satu langkah awal dalam melahirkan komuniti celik masakan berasaskan kemahiran praktikal.

Aktiviti:

1. Standard Operasi Prosedur (SOP)

  • Penggunaan mesin seperti oven, penimbang digital, dapur induksi, hand mixer, kettle, dan french press.
  • Penekanan terhadap kebersihan dan penjagaan peralatan selepas digunakan.

2. Amalan Kesihatan & Keselamatan

  • Penggunaan peralatan bersesuaian dan piawai.
  • Elakkan pencemaran bahan kimia.
  • Syarat kesihatan diri (bebas dari luka terbuka dan arahan kuarantin).
  • Pemakaian sesuai dalam kelas masakan: apron, penutup kepala/muka, kasut dan kuku bersih.

3.Aktiviti Minggu Ke-3: Penyediaan Mocktail

  • Peralatan asas digunakan: muddler, jigger, straw, pisau, shaker dan gelas.
  • Pengenalan jenis-jenis mocktail dan cara penyediaan.
  • Demonstrasi pembuatan sugar syrup (diberikan melalui pautan YouTube).
  • Senarai bahan diperlukan: laici, limau, jus oren, lemon, daun pudina, serai, aiskrim soda, ais batu, sugar syrup berperisa.