| Tarikh | 20 November 2025 |
| Masa | 11.15 pagi – 11.45 pagi |
| Tempat | NADI Taman Harmoni |
| Peserta | 1 Orang |
Tujuan:
Program ini dianjurkan bagi memberi pendedahan ringkas dan praktikal kepada peserta tentang cara menghasilkan content visual yang bernilai komersial. Tujuannya adalah untuk:
Menyediakan ruang pembelajaran singkat yang padat dengan tip, strategi dan inspirasi.
Membantu peserta memahami asas fotografi dan teknik menghasilkan visual menarik.
Memberi panduan bagaimana content visual boleh dijadikan sumber pendapatan.
Aktiviti:
1.Pengenalan konsep “Kamera Jadi Duit” – bagaimana foto dan video boleh menghasilkan income.
2.Demonstrasi asas teknik foto dan content visual yang mudah dipraktikkan oleh pemula.
3.Perkongsian tip pantas seperti komposisi, pencahayaan, dan penggunaan peralatan asas.
4.Penerangan tentang peluang menjana pendapatan melalui platform digital dan servis kreatif.
5.Sesi inspirasi & motivasi bagi menggalakkan peserta mula berkarya dan membina portfolio.
6.Program berlangsung selama 30 minit dan berjaya menyampaikan ilmu asas fotografi serta strategi menjana pendapatan melalui content visual. Peserta mendapat input berguna untuk memulakan langkah pertama dalam industri kreatif digital.
