| Tarikh | 19 – 23 Januari 2026 |
| Masa | 3.00 petang – 4.30 petang |
| Tempat | NADI Taman Harmoni |
| Peserta | 2 Orang |
Tujuan:
Objektif webinar ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang konsep asas fotografi dan perkembangannya dari dahulu hingga kini, meningkatkan kefahaman peserta mengenai fungsi dan perbezaan jenis-jenis kamera, serta membantu peserta mengenal pasti peralatan yang sesuai mengikut keperluan dan minat dalam bidang fotografi.
Aktiviti:
Sepanjang pelaksanaan webinar, peserta telah mengikuti sesi penerangan mengenai maksud fotografi, sejarah ringkas perkembangan fotografi dan evolusi teknologi kamera. Penceramah turut memperkenalkan pelbagai jenis kamera seperti kamera DSLR, mirrorless, kompak dan kamera telefon pintar berserta fungsi asasnya. Selain itu, sesi perbincangan dan soal jawab turut diadakan bagi membolehkan peserta bertanya soalan serta berkongsi pandangan dan pengalaman berkaitan penggunaan kamera.
