mcmc
Laporan Aktiviti

MAHIR FOTO INTAKE 2 SESI 3

Tarikh1 Oktober 2025
Masa3.00 petang – 4.30 petang
TempatNADI Taman Harmoni
Peserta1 Orang

Tujuan:

Kelas Mahir Foto dianjurkan bagi memberi pendedahan dan kemahiran asas kepada peserta dalam bidang fotografi, khususnya teknik menyunting gambar menggunakan aplikasi percuma Snapseed. Program ini bertujuan meningkatkan kreativiti peserta, mengasah kemahiran penyampaian visual, serta membantu mereka menghasilkan foto yang lebih menarik dan berkualiti untuk kegunaan peribadi, akademik, mahupun perniagaan.

Aktiviti:

1. Pengenalan Fotografi Digital – Penerangan asas tentang fungsi kamera telefon dan komposisi gambar.

2.Pengenalan Aplikasi Snapseed – Penerangan ciri-ciri utama aplikasi dan kegunaannya.

3.Latihan Suntingan – Peserta diajar cara menggunakan fungsi asas seperti crop, rotate, tune image, selective adjustment, dan healing.

4.Praktikal Projek Mini – Peserta menyunting gambar masing-masing berdasarkan kreativiti dengan bimbingan fasilitator.

5.Perkongsian Hasil Kerja – Peserta membentangkan gambar sebelum dan selepas suntingan untuk sesi maklum balas.