mcmc
Laporan Aktiviti

MAHIR FOTO INTAKE 2 SESI 3

Tarikh6 Ogos 2025
Masa3.00 petang – 4.30 petang
TempatNADI Taman Harmoni
Peserta1 Orang

Tujuan:

Webinar menekankan bahawa nilai artistik tidak hanya bergantung kepada jenis peralatan, tetapi kepada kreativiti jurugambar.

Aktiviti:

Pengenalan Mobilegraphy – Gabungan teknologi telefon pintar dan fotografi, membolehkan rakaman gambar berkualiti tinggi secara mudah, spontan dan kos efektif.

Ciri-ciri Utama – Kamera terbina dalam dengan pelbagai mod, kemudahan suntingan dalam telefon, dan perkongsian pantas ke media sosial.

Kelebihan Mobilegraphy – Mudah dibawa, jimat kos, dibantu teknologi AI, dan sesuai untuk semua peringkat pengguna.

Cabang Mobilegraphy – Termasuk street, travel, portrait, product photography, dan mobile videography.

Perbezaan Mobilegraphy & Fotografi Konvensional – Fotografi menggunakan kamera profesional (DSLR/mirrorless) untuk hasil berkualiti tinggi, manakala mobilegraphy menekankan kespontanan dan kemudahan.

Masa Depan Mobilegraphy – Integrasi AI, kualiti kamera telefon semakin canggih, penggunaan cloud, perkembangan komuniti, potensi kerjaya, dan integrasi teknologi AR/VR.

Pemilihan Smartphone untuk Fotografi – Aspek penting termasuk kualiti imej, megapixel, stabilisasi, kualiti video, sistem operasi, dan populariti.

Perbandingan iPhone (iOS) & Android – iPhone menekankan kestabilan, ekosistem, dan prestasi konsisten; Android menawarkan lebih banyak pilihan, kustomisasi, dan ciri baharu yang pantas.

2. Mobilegraphy semakin relevan sebagai medium seni, hobi, dan kerjaya, didorong oleh kemajuan teknologi kamera telefon pintar dan kemudahan perkongsian digital.