mcmc
Laporan Aktiviti

MAHIR : FORUM BERSAMA KOMUNITI SESI TERBUKA

Tarikh10 Januari 2026
Masa10.00 pagi – 11.30 pagi
TempatNADI Taman Harmoni
Peserta2 Orang

Tujuan:

Objektif forum ini adalah untuk memperkenalkan Program Mahir Intake 3 kepada komuniti, menjelaskan jenis-jenis program kemahiran yang ditawarkan, menerangkan syarat penyertaan dan komitmen yang diperlukan, serta menggalakkan penyertaan komuniti dalam meningkatkan kemahiran dan kebolehpasaran diri melalui latihan yang disediakan.

Aktiviti:

Sepanjang forum berlangsung, peserta telah diberikan taklimat mengenai konsep Program Mahir, kaedah pelaksanaan kelas serta faedah penyertaan. Lima program kemahiran telah diperkenalkan iaitu Mahir Jahit, Mahir Masak, Mahir Baiki Gajet, Mahir Pertanian Pintar dan Mahir Foto. Pihak penganjur turut menjelaskan bahawa program ini adalah percuma kepada komuniti yang mendaftar, namun peserta perlu berkomitmen dengan menghadiri kelas yang dipilih selama satu jam setengah sekali seminggu serta melengkapkan tugasan yang diberikan bagi melayakkan mereka menerima sijil penyertaan. Selain itu, sesi soal jawab telah diadakan untuk menjawab pertanyaan peserta, diikuti dengan sesi tambahan berupa cabutan bertuah khas kepada peserta yang mengikuti forum di NADI bagi meningkatkan penglibatan dan minat komuniti.