| Tarikh | 02 – 06 Februari 2026 |
| Masa | 3.00 petang – 4.30 petang |
| Tempat | NADI Taman Harmoni |
| Peserta | 1 Orang |
Tujuan:
Objektif utama program ini adalah memberi pendedahan asas kepada peserta mengenai peralatan diagnose yang digunakan dalam proses pembaikan gajet serta pemahaman teori asas sistem operasi Android. Program ini bertujuan meningkatkan pengetahuan teknikal peserta dalam mengenal pasti punca kerosakan perisian dan perkakasan, di samping membina kemahiran awal dalam kerja-kerja diagnose sebelum proses pembaikan dijalankan.
Aktiviti:
Sepanjang program berlangsung, peserta terlibat dalam sesi penerangan berkaitan jenis-jenis peralatan diagnose, fungsi serta cara penggunaannya dalam mengesan masalah pada peranti Android. Peserta turut didedahkan dengan teori asas Android seperti struktur sistem, fungsi perisian, serta kaitannya dengan operasi perkakasan peranti. Sepanjang program, penerangan disertakan dengan contoh situasi sebenar dan perbincangan ringkas bagi membantu peserta memahami proses diagnose secara sistematik. Aktiviti ini dilaksanakan secara berperingkat untuk memastikan peserta memperoleh kefahaman yang jelas dan bersedia untuk aplikasi praktikal pada peringkat seterusnya.
