mcmc
Laporan Aktiviti

MAHIR BAIKI GAJET INTAKE 3 SESI 1 : – MINGGU 1 – PENGENALAN

Tarikh13 Januari 2026
Masa3.00 petang – 4.30 petang
TempatNADI Taman Harmoni
Peserta1 Orang

Tujuan:

Objektif program ini adalah untuk memperkenalkan peserta kepada Program Mahir Baiki Gajet, menjelaskan skop pembelajaran dan kemahiran yang akan diperoleh, memberi pendedahan asas tentang komponen gajet dan masalah kerosakan biasa, serta memupuk minat dan keyakinan peserta terhadap bidang pembaikan peranti elektronik.

Aktiviti:

Sepanjang webinar berlangsung, peserta telah diberikan taklimat mengenai struktur program, jadual kelas dan komitmen yang diperlukan. Penceramah turut memperkenalkan jenis-jenis gajet, komponen asas serta contoh kerosakan lazim melalui slaid dan penerangan bergambar. Selain itu, sesi soal jawab telah diadakan bagi menjawab pertanyaan peserta serta memastikan mereka memahami kandungan program sebelum kelas praktikal bermula.