mcmc
Laporan Aktiviti

KIDVENTURE : WEBINAR PERANCANGAN KEWANGAN

Tarikh25 Oktober 2025
Masa9.00 pagi – 1.00 petang
TempatNADI Taman Harmoni
Peserta2 Orang

Tujuan:

Webinar ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada murid tentang kepentingan pengurusan dan perancangan kewangan dalam kehidupan seharian serta dunia keusahawanan. Melalui sesi ini, murid dididik untuk memahami cara merancang bajet, menabung, mengurus perbelanjaan serta membuat keputusan kewangan yang bijak bagi membentuk asas keusahawanan yang kukuh sejak di bangku sekolah.

Aktiviti:

Webinar bermula pada jam 10.00 pagi dengan sesi penerangan interaktif mengenai konsep asas kewangan, kepentingan menabung, serta cara mengurus wang poket secara berhemah.
Penceramah turut berkongsi contoh situasi sebenar dalam kehidupan murid bagi membantu mereka memahami kaitan antara pengurusan kewangan dan sikap keusahawanan.

Pada akhir sesi, peserta menyertai kuiz interaktif melalui platform Quizizz, bagi menguji kefahaman mereka terhadap topik yang telah dibincangkan dengan cara yang menyeronokkan dan menarik.
Program tamat pada 11.00 pagi selepas sesi penghargaan kepada peserta dan penceramah.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, webinar ini berjaya meningkatkan kesedaran murid tentang pentingnya perancangan kewangan dan membentuk sikap bertanggungjawab terhadap pengurusan wang. Aktiviti interaktif seperti kuiz telah menjadikan sesi ini lebih menarik dan berkesan dalam menyampaikan mesej pendidikan kewangan kepada generasi muda.