mcmc
Laporan Aktiviti

KIDVENTURE : WEBINAR OPERASI PERNIAGAAN

Tarikh20 September 2025
Masa10.00 pagi – 11.00 pagi
TempatNADI Taman Harmoni
Peserta1 Orang

Tujuan:

Webinar ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal tentang konsep asas operasi perniagaan kepada murid sekolah rendah dan menengah. Disamping itu, memupuk minat keusahawanan dalam kalangan murid melalui aktiviti interaktif serta meningkatkan kefahaman tentang bagaimana sesebuah perniagaan dijalankan, daripada perancangan hingga pemasaran.

Aktiviti:

1.Pengenalan kepada Operasi Perniagaan: Apa itu operasi, pengeluaran, pemasaran, dan perkhidmatan pelanggan.

2.Jenis-Jenis Perniagaan yang Sesuai untuk Murid: Jualan makanan ringan, produk DIY, dan perkhidmatan digital asas.

3.Simulasi Mini-Bisnes: Peserta diberi tugasan merancang perniagaan kecil dalam kumpulan.

4.Perkongsian Usahawan Muda: Seorang pelajar sekolah menengah berkongsi pengalamannya menjalankan bisnes secara online.