| Tarikh | 27 – 31 Oktober 2025 |
| Masa | 10.00 pagi – 3.45 petang |
| Tempat | NADI Taman Harmoni |
| Peserta | 20 Orang |
Tujuan:
Webinar Edisi Strategi Perniagaan Usahawan NADI 2026 diadakan bagi memperkasa komuniti usahawan tempatan dengan pengetahuan dan kemahiran keusahawanan yang relevan menjelang tahun 2026. Program ini bertujuan memberi bimbingan kepada peserta dalam aspek strategi perniagaan, pemasaran digital, produktiviti, pengurusan kewangan, dan pembangunan jenama agar mampu bersaing dalam ekonomi semasa.
Aktiviti:
Webinar ini berlangsung selama lima hari bermula 27 hingga 31 Oktober 2025, merangkumi pelbagai sesi bimbingan dan perkongsian ilmu oleh mentor-mentor berpengalaman. Antara topik utama yang dibincangkan termasuk:
- Refleksi 2025 – Rancang Bisnes Padu untuk 2026 oleh Tengku Ismith Tengku Ilham, yang memberi panduan merancang hala tuju bisnes bagi tahun hadapan.
- Design Pintar Guna Canva AI dan Power Pitch Deck oleh Najmi Aliff, memfokuskan penggunaan teknologi digital dan reka bentuk dalam pemasaran.
- Cukai Tak Menakutkan Pon!!! oleh Syaamil Razak, yang menjelaskan tanggungjawab percukaian peniaga dengan cara mudah difahami.
- Jenama Ini Milik Aku… Ye Ke? oleh Najmi Aliff, mengenai asas cap dagangan dan perlindungan jenama.
- AI Senjata Produktiviti Bisnes dan Cara Urus Pekerja dengan Smart, oleh Najmi Aliff dan Mohd Prasad Hanif yang memberi tumpuan kepada automasi dan produktiviti kerja.
- Stop Menjual, Start Menjana oleh Shahana Azlan, yang menekankan strategi pemasaran berimpak tinggi untuk melonjakkan jualan dan jenama.
- e-Invois: Peniaga Kecil Perlu Ke Eh? oleh Abu Musa Mansor, memberi kefahaman mengenai pelaksanaan sistem e-invois oleh LHDN.
Selain sesi perkongsian ilmu, peserta turut berpeluang berinteraksi secara langsung bersama mentor bagi mendapatkan panduan praktikal dan soalan khusus tentang cabaran perniagaan masing-masing.
Kesimpulan
Secara keseluruhannya, webinar ini berjaya mencapai objektif dengan memberi pendedahan strategik kepada komuniti peniaga dan usahawan tentang cara memperkukuh perniagaan menjelang 2026. Pelaksanaan slot mengikut tema harian membantu peserta memahami pelbagai aspek penting dalam keusahawanan moden termasuk teknologi, kewangan, dan strategi pemasaran digital. Program ini turut memberi inspirasi kepada usahawan untuk lebih berdaya saing dan inovatif dalam menghadapi cabaran ekonomi masa kini.
