mcmc
Laporan Aktiviti

KEUSAHAWANAN : PODCAST BUAL KOMBUCHA – INSPIRASI DI SEBALIK RASA

Tarikh21 Oktober 2025
Masa9.30 pagi – 11.00 pagi
TempatNADI Taman Harmoni
Peserta2 Orang

Tujuan:

Podcast Bual Kombucha: Inspirasi di Sebalik Rasa diadakan bertujuan untuk memberi inspirasi dan pendedahan kepada pendengar mengenai perjalanan sebenar seorang usahawan dalam membangunkan produk tempatan yang inovatif. Objektif utama program ini ialah:

  • Memberi motivasi kepada pendengar untuk menceburi bidang keusahawanan dengan semangat dan ketabahan.
  • Mendedahkan strategi sebenar dalam membina jenama dan produk berasaskan minuman kesihatan seperti kombucha.
  • Menunjukkan kepentingan inovasi dan kreativiti dalam mengekalkan daya saing perniagaan.
  • Menggalakkan pelajar dan belia untuk berfikir secara usahawan serta memanfaatkan potensi produk tempatan.

Aktiviti:

Sesi Pengenalan: Hos memperkenalkan topik dan latar belakang tetamu jemputan, Yazra Nadia binti Yahya.

Perjalanan Keusahawanan: Tetamu berkongsi kisah permulaan perniagaan, cabaran membangunkan jenama Citra Kesom dan proses menghasilkan minuman kombucha.

Inspirasi & Inovasi: Perbincangan mengenai pentingnya inovasi, kualiti produk dan strategi pemasaran dalam menembusi pasaran tempatan serta antarabangsa.

Soalan Pendengar: Beberapa soalan daripada pendengar dikemukakan kepada tetamu secara langsung.

Penutup: Rumusan daripada hos mengenai nilai keusahawanan, inovasi dan ketabahan yang boleh dicontohi oleh pendengar.