mcmc
Laporan Aktiviti

KESEJAHTERAAN KENDIRI : HAMIL DAN DARAH TINGGI

Tujuan:

Webinar ini diadakan bagi memberi kesedaran kepada golongan ibu hamil tentang bahaya tekanan darah tinggi semasa kehamilan serta langkah pencegahan awal yang perlu diambil. Program ini juga bertujuan meningkatkan pengetahuan peserta mengenai penjagaan kesihatan ibu dan bayi.

Aktiviti:

Ucapan aluan oleh penganjur:
Pengenalan mengenai topik dan objektif penganjuran webinar.

Sesi perkongsian oleh penceramah:

  • Penerangan tentang punca dan jenis tekanan darah tinggi semasa kehamilan.
  • Simptom yang perlu diperhatikan oleh ibu hamil.
  • Kepentingan pemakanan seimbang, senaman ringan, dan rehat mencukupi.
  • Langkah yang perlu diambil apabila tekanan darah tinggi dikesan.

Sesi soal jawab interaktif:
Peserta berpeluang mengemukakan soalan secara langsung kepada penceramah berkaitan penjagaan diri dan rawatan yang sesuai.

Penutup:
Rumusan isi penting oleh penceramah dan pesanan kepada peserta untuk terus mengamalkan gaya hidup sihat serta menjalani pemeriksaan antenatal secara berkala.