mcmc
Laporan Aktiviti

KESEDARAN : CINTA @ CYBERGROOMING

Tarikh13 Februari – 28 Februari 2026
Masa9.00 pagi – 5.00 petang
TempatNADI Taman Harmoni
Peserta3 Orang

Tujuan:

Tujuan rakaman webinar ini diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah mengenai bahaya cybergrooming, keselamatan semasa menggunakan internet serta langkah-langkah melindungi diri daripada jenayah siber yang melibatkan eksploitasi emosi dan kepercayaan dalam talian.

Aktiviti:

Rakaman webinar bertajuk Kesedaran: CINTA @ CYBERGROOMING telah dijalankan selama 30 minit dan disasarkan kepada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Webinar ini memberi pendedahan berkaitan maksud cybergrooming, taktik yang sering digunakan oleh individu tidak bertanggungjawab di media sosial serta tanda-tanda awal situasi berisiko.

Sepanjang rakaman, penerangan turut diberikan mengenai cara penggunaan internet secara selamat, kepentingan menjaga privasi maklumat peribadi serta tindakan yang perlu diambil sekiranya berhadapan dengan situasi mencurigakan dalam talian. Penyampaian dibuat secara ringkas, mudah difahami dan bersesuaian dengan peringkat umur pelajar bagi memastikan mesej keselamatan siber dapat difahami dengan jelas.