mcmc
Laporan Aktiviti

KEMPEN INTERNET SELAMAT – SK PERMATANG PASIR

Tarikh30 Julai 2025
Masa8.00 pagi – 10.30 pagi
TempatSekolah Kebangsaan Permatang Pasir
Peserta30 Orang

Tujuan:

  • Kempen ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar sekolah rendah mengenai penggunaan internet secara selamat, beretika dan bertanggungjawab, sejajar dengan usaha memperkasakan celik digital di kalangan generasi muda.

Aktiviti Sepanjang Program:

  1. Ceramah Kesedaran Keselamatan Siber
    • Pengenalan kepada risiko di alam maya seperti penipuan, buli siber, dan perkongsian maklumat peribadi yang tidak selamat.
  2. Tayangan Video Interaktif
    • Tayangan ringkas bertema “Bijak Guna Internet” disusuli sesi soal jawab untuk menguji kefahaman.
  3. Aktiviti Berkumpulan
    • Kuiz dan permainan edukatif berkaitan internet selamat bagi menarik minat murid.
  4. Sesi Interaktif Bersama Fasilitator
    • Perkongsian pengalaman dan tips keselamatan digital yang mudah difahami oleh pelajar.

Kempen Internet Selamat NADI ini telah berlangsung dengan jayanya dan menerima sambutan positif daripada murid di SK Permatang Pasir. Pendedahan seperti ini amat penting dalam membentuk pengguna internet yang bertanggungjawab dan beretika sejak usia muda.