mcmc
Laporan Aktiviti

IHYA RAMADAN : JOM MENGAJI @ NADI

Tarikh28 Februari 2026
Masa9.30 pagi – 10.30 pagi
TempatNADI Taman Harmoni
Peserta1 Orang

Tujuan:

Program Ihya Ramadan: Jom Mengaji @ NADI diadakan bertujuan menggalakkan masyarakat meningkatkan amalan membaca Al-Quran sepanjang bulan Ramadan di samping memperkukuhkan penguasaan bacaan tajwid serta memupuk penghayatan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian.

Aktiviti:

Program Ihya Ramadan: Jom Mengaji @ NADI telah dilaksanakan secara siaran langsung melalui platform YouTube bermula jam 9.30 pagi hingga 10.30 pagi. Program dimulakan dengan majlis pembukaan diikuti ucapan ringkas oleh ustaz sebagai pengenalan kepada kepentingan membaca Al-Quran pada bulan Ramadan.

Seterusnya, sesi tadarus Al-Quran dijalankan bersama para peserta secara dalam talian bagi menggalakkan pembacaan Al-Quran secara berterusan. Program diteruskan dengan sesi penguasaan tajwid bagi membantu peserta memperbaiki sebutan dan bacaan ayat suci Al-Quran dengan betul.

Aktiviti diakhiri dengan tazkirah ringkas dan bacaan doa, sebelum majlis bersurai pada jam 10.30 pagi. Pelaksanaan program secara dalam talian membolehkan penyertaan komuniti secara lebih meluas serta memberi peluang kepada peserta mengikuti aktiviti keagamaan secara interaktif dari lokasi masing-masing.