mcmc
Laporan Aktiviti

ESUKAN : REALITI DUNIA ESUKAN

Tarikh23 Januari 2026
Masa3.30 petang – 3.45 petang
TempatNADI Taman Harmoni
Peserta1 Orang

Tujuan:

Objektif tayangan video ini adalah untuk meningkatkan kefahaman peserta tentang cabaran yang dihadapi oleh pemain e-sukan profesional, membentuk kesedaran mengenai kepentingan disiplin dan pengurusan tekanan dalam bidang e-sukan, serta mengubah persepsi negatif masyarakat terhadap e-sukan sebagai satu bidang yang memerlukan komitmen dan etika yang tinggi.

Aktiviti:

Sepanjang program berlangsung, peserta telah menonton tayangan video yang membincangkan realiti dunia e-sukan termasuk tekanan mental, keperluan disiplin latihan dan tanggapan masyarakat terhadap pemain e-sukan. Selepas tayangan, peserta diberikan penerangan ringkas dan diminta untuk membuat refleksi bagi mengukuhkan pemahaman terhadap isi kandungan video yang ditonton.