mcmc
Laporan Aktiviti

ESPORT : VISUAL STORY TELLING

Tarikh25 Oktober 2025
Masa9.00 pagi – 1.00 petang
TempatNADI Taman Harmoni
Peserta3 Orang

Tujuan:

Webinar ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai konsep dan teknik penceritaan visual (visual storytelling) yang berkesan. Melalui sesi ini, peserta dapat mempelajari bagaimana membina jalan cerita yang menarik dengan menggunakan kreativiti, emosi dan teknik penulisan visual yang sesuai untuk tujuan persembahan atau penghasilan kandungan digital.

Aktiviti:

9.00 pagi – Building Stories with Brain & Heart
Peserta didedahkan kepada asas membina jalan cerita dengan menggabungkan unsur emosi dan logik bagi menghasilkan penceritaan yang menyentuh hati penonton.

10.30 pagi – Rehat
Peserta diberi masa untuk berehat seketika sebelum sesi kedua bermula.

11.30 pagi – Story Writing & Pixar Pitching
Peserta mempelajari teknik penulisan skrip dan pendekatan “Pixar Pitching” iaitu cara mempersembahkan idea cerita dengan ringkas, padat dan menarik.

1.00 petang – Ringkasan & Tamat
Sesi diakhiri dengan rumusan keseluruhan topik serta sesi soal jawab bersama penceramah.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, webinar ini memberi manfaat kepada peserta dalam memahami asas penceritaan visual yang kreatif dan berkesan, sekaligus meningkatkan kemahiran komunikasi serta pembentangan idea melalui visual.