| Tarikh | 16 & 17 Mei 2026 |
| Masa | 9.30 pagi – 5.30 petang |
| Tempat | NADI Taman Harmoni |
| Peserta | 3 Orang |
Tujuan:
Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran peserta mengenai kepentingan menjaga keselamatan akaun dan data peribadi dalam dunia e-sukan. Selain itu, program ini juga bertujuan memberi pendedahan tentang risiko ancaman siber seperti penggodaman akaun, pencurian data dan penipuan dalam talian yang boleh memberi kesan kepada pemain e-sukan.
Aktiviti:
Tayangan video berdurasi 8 minit ini memaparkan penerangan ringkas mengenai langkah-langkah keselamatan yang perlu diamalkan oleh pemain e-sukan untuk melindungi akaun permainan dan maklumat peribadi mereka. Peserta didedahkan dengan kepentingan menggunakan kata laluan yang kukuh, pengesahan dua faktor (2FA) serta mengelakkan perkongsian maklumat akaun dengan pihak lain.
Selain itu, video turut menerangkan tentang risiko klik pautan mencurigakan, penggunaan aplikasi tidak sah dan ancaman phishing yang sering menyasarkan pemain permainan dalam talian. Contoh situasi dan tips keselamatan turut dikongsikan bagi membantu peserta memahami cara melindungi akaun dan data mereka daripada ancaman siber.
Secara keseluruhannya, video ini memberi manfaat kepada peserta dalam meningkatkan tahap kesedaran dan amalan keselamatan digital ketika terlibat dalam aktiviti e-sukan.
