| Tarikh | 23 Mei 2026 |
| Masa | 9.00 pagi – 1.00 petang |
| Tempat | NADI Taman Harmoni |
| Peserta | 1 Orang |
Tujuan:
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai asas dan teknik dalam penghasilan animasi 2D. Selain itu, program ini juga bertujuan membantu peserta memahami prinsip asas animasi serta meningkatkan kreativiti dan kemahiran digital dalam bidang animasi dan reka bentuk visual.
Aktiviti:
Webinar ini dijalankan selama empat jam dengan pengisian berbentuk penerangan, demonstrasi dan latihan asas animasi 2D. Pada sesi pertama bertajuk Bringing Drawings to Life, peserta didedahkan dengan konsep asas animasi serta teknik menghidupkan lukisan melalui pergerakan dan ekspresi watak.
Selepas sesi rehat, program diteruskan dengan sesi Applying the Principles yang memberi fokus kepada aplikasi prinsip-prinsip asas animasi seperti pergerakan, masa dan keseimbangan dalam menghasilkan animasi yang lebih menarik dan realistik.
Pada akhir sesi, peserta mengikuti aktiviti Wrap-Up & Big Picture yang merumuskan keseluruhan pembelajaran serta memberi gambaran tentang peluang dan perkembangan bidang animasi digital. Peserta juga diberikan penerangan mengenai penggunaan perisian animasi dan peralatan asas seperti tablet, telefon pintar, PC atau laptop bagi menghasilkan animasi digital.
Secara keseluruhannya, program ini berjaya meningkatkan pengetahuan dan minat peserta terhadap bidang animasi 2D serta memberi pendedahan awal kepada kemahiran kreatif digital.
