| Tarikh | 10 Januari 2026 |
| Masa | 3.00 petang – 4.30 petang |
| Tempat | NADI Taman Harmoni |
| Peserta | 5 Orang |
Tujuan:
Objektif program ini adalah untuk meningkatkan kefahaman pelajar terhadap topik Daya dan Gerakan, membantu pelajar mengaitkan konsep teori dengan situasi sebenar, menyediakan ruang pembelajaran tambahan di luar waktu persekolahan, serta meningkatkan minat dan keyakinan pelajar terhadap subjek Sains.
Aktiviti:
Sepanjang webinar berlangsung, peserta mengikuti sesi penerangan konsep utama berkaitan daya, jenis-jenis daya dan kesannya terhadap gerakan sesuatu objek. Penceramah turut menggunakan contoh, slaid dan soalan latihan ringkas untuk mengukuhkan pemahaman pelajar. Selain itu, sesi soal jawab interaktif telah diadakan bagi membolehkan pelajar bertanya soalan, berkongsi pandangan dan mendapatkan penjelasan lanjut tentang topik yang dibincangkan.
