| Tarikh | 12 Januari 2026 |
| Masa | 3.30 petang – 4.30 petang |
| Tempat | NADI Taman Harmoni |
| Peserta | 4 Orang |
Tujuan:
Objektif program ini adalah untuk membantu pelajar memahami topik Sejarah yang dipelajari dengan lebih jelas, meningkatkan kefahaman terhadap fakta, konsep dan kronologi peristiwa, menyediakan ruang pembelajaran tambahan di luar waktu persekolahan, serta meningkatkan minat dan keyakinan pelajar terhadap subjek Sejarah.
Aktiviti:
Sepanjang sesi berlangsung, guru telah menyampaikan penerangan topik menggunakan slaid dan bahan sokongan, diikuti dengan perbincangan tentang peristiwa penting, istilah utama dan kaitannya dengan konteks semasa. Pelajar turut diberi peluang untuk bertanya soalan melalui sesi soal jawab serta menjawab soalan latihan ringkas bagi mengukuhkan pemahaman mereka terhadap topik yang dibincangkan.
