| Tarikh | 15 Januari 2026 |
| Masa | 3.30 petang – 4.30 petang |
| Tempat | NADI Taman Harmoni |
| Peserta | 4 Orang |
Tujuan:
Program Dilea Open Tuition Sains telah dianjurkan oleh NADI Taman Harmoni secara dalam talian melalui platform Google Meet pada 15 Januari 2026 dari jam 3.30 petang hingga 4.30 petang. Program ini melibatkan pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 dengan tujuan memberi sokongan pembelajaran tambahan dalam subjek Sains.
Aktiviti:
Sepanjang sesi tuisyen berlangsung, pelajar telah mengikuti penerangan topik Sains mengikut tahap tingkatan masing-masing melalui penggunaan slaid dan contoh soalan. Penceramah turut membimbing pelajar menyelesaikan soalan latihan serta memberikan penerangan tambahan bagi topik yang kurang difahami. Sesi soal jawab turut diadakan bagi membolehkan pelajar bertanya soalan dan mendapatkan penjelasan lanjut secara langsung.
