mcmc
Laporan Aktiviti

DILEA : OPEN TUITION SAINS TINGKATAN 1, 2 & 3

Tarikh12 Februari 2026
Masa3.30 petang – 4.30 petang
TempatNADI Taman Harmoni
Peserta3 Orang

Tujuan:

Program Dilea Open Tuition Sains ini melibatkan pelajar Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 dengan tujuan memberi sokongan pembelajaran tambahan dalam subjek Sains.

Aktiviti:

Sepanjang sesi tuisyen berlangsung, pelajar telah mengikuti penerangan topik Sains mengikut tahap tingkatan masing-masing melalui penggunaan slaid dan contoh soalan. Penceramah turut membimbing pelajar menyelesaikan soalan latihan serta memberikan penerangan tambahan bagi topik yang kurang difahami. Sesi soal jawab turut diadakan bagi membolehkan pelajar bertanya soalan dan mendapatkan penjelasan lanjut secara langsung.