| Tarikh | 11 September 2025 |
| Masa | 3.30 petang – 4.30 petang |
| Tempat | NADI Taman Harmoni |
| Peserta | 1 Orang |
Tujuan:
1.Memberi pemahaman yang lebih mendalam kepada pelajar tentang konsep tenaga dalam kehidupan seharian dan dalam sistem fizik.
2.Membantu pelajar bersedia menghadapi peperiksaan dengan penguasaan topik yang lebih mantap.
3.Menyediakan ruang pembelajaran yang interaktif dan terbuka kepada semua pelajar tanpa mengira latar belakang akademik.
Aktiviti:
1.Penerangan Konsep Tenaga: Jenis-jenis tenaga, penukaran tenaga, dan prinsip keabadian tenaga.
2.Demonstrasi Eksperimen Ringkas: Contoh penggunaan tenaga kinetik, haba, dan elektrik dalam kehidupan harian.
3.Sesi Soal Jawab: Pelajar diberi peluang untuk bertanya dan mendapatkan penjelasan secara langsung daripada guru.
4.Latihan & Kuiz Interaktif: Aktiviti pengukuhan konsep melalui kuiz dan latihan kendiri.
5.Perkongsian Tips Menjawab Soalan Peperiksaan: Teknik menjawab soalan KBAT dan struktur berkaitan topik Tenaga.
