mcmc
Laporan Aktiviti

DILEA : OPEN TUITION MATEMATIK TINGKATAN 4

Tarikh5 Januari 2026
Masa3.30 petang – 4.30 petang
TempatNADI Taman Harmoni
Peserta1 Orang

Tujuan:

Program Open Tuition Tingkatan 4 Matematik diadakan bagi membantu murid meningkatkan kefahaman terhadap konsep dan kemahiran Matematik selaras dengan silibus semasa. Program ini juga bertujuan memberi peluang kepada murid untuk mengukuhkan penguasaan topik yang telah dipelajari di dalam kelas serta meningkatkan keyakinan dalam menyelesaikan soalan Matematik.

Aktiviti:

Sepanjang tempoh pembelajaran dari jam 3.30 petang hingga 4.30 petang, aktiviti dimulakan dengan penerangan ringkas topik oleh guru. Seterusnya, murid dibimbing melalui contoh soalan dan perbincangan secara interaktif. Latihan pengukuhan turut diberikan bagi menguji tahap kefahaman murid. Sesi diakhiri dengan sesi soal jawab bagi memastikan murid memahami isi pelajaran dengan jelas.