mcmc
Laporan Aktiviti

DILEA : OPEN TUITION MATEMATIK TINGKATAN 1,2, 3 & 4

Tarikh19 Januari 2026
Masa3.30 petang – 4.30 petang
TempatNADI Taman Harmoni
Peserta4 Orang

Tujuan:

Objektif program ini adalah untuk membantu pelajar memahami konsep Matematik dengan lebih jelas dan sistematik, mengukuhkan penguasaan pelajar terhadap topik yang dipelajari di sekolah, serta menyediakan sokongan pembelajaran tambahan bagi meningkatkan keyakinan dan prestasi akademik pelajar dalam subjek Matematik.

Aktiviti:

Sepanjang sesi tuisyen berlangsung, pelajar Tingkatan 1 dibimbing dalam Bab 2 Faktor dan Gandaan, pelajar Tingkatan 2 didedahkan kepada Bab 2 Pemfaktoran dan Pecahan Algebra, pelajar Tingkatan 3 mengikuti pembelajaran Bab 2 Bentuk Piawai, manakala pelajar Tingkatan 4 mempelajari Bab 2 Asas Nombor. Penerangan topik disampaikan melalui slaid dan contoh soalan, diikuti dengan latihan penyelesaian masalah serta sesi soal jawab bagi memastikan pelajar memahami setiap topik yang dibincangkan.