| Tarikh | 6 Februari 2026 |
| Masa | 3.30 petang – 4.30 petang |
| Tempat | NADI Taman Harmoni |
| Peserta | 5 Orang |
Tujuan:
Program Dilea Open Tuition Matematik ini melibatkan pelajar Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3 dan Tingkatan 4 dengan tujuan memberi sokongan pembelajaran tambahan dalam subjek Matematik.
Aktiviti:
Sepanjang sesi tuisyen berlangsung, pelajar telah mengikuti penerangan topik Matematik mengikut tahap tingkatan masing-masing melalui penggunaan slaid dan contoh soalan. Penceramah turut membimbing pelajar menyelesaikan soalan latihan serta memberikan penerangan tambahan bagi topik yang kurang difahami. Sesi soal jawab turut diadakan bagi membolehkan pelajar bertanya soalan dan mendapatkan penjelasan lanjut secara langsung.
