mcmc
Laporan Aktiviti

DILEA : OPEN LIVE CLASS MATEMATIK

Tarikh8 Julai 2025
Masa3.30 petang – 4.30 petang
TempatNADI Taman Harmoni
Peserta2 Orang

Tujuan:

  • Webinar ini bertujuan membantu pelajar Tingkatan 5 membuat ulangkaji intensif bagi topik Bulatan, salah satu topik penting dalam subjek Matematik SPM.

Aktiviti:

1. Sesi disampaikan oleh guru pakar yang membimbing peserta melalui konsep utama seperti sudut di pusat dan sudut pada lilitan, tangen kepada bulatan, dan sifat-sifat bulatan.

2. Pengajaran disertai dengan soalan-soalan SPM sebenar serta teknik menjawab berkesan. Pelajar diajar cara mengenal pasti maklumat penting dalam soalan, melukis rajah dengan tepat, dan mengaplikasikan teorem bulatan dengan betul.

3. Webinar ini sangat bermanfaat dalam meningkatkan pemahaman pelajar terhadap tajuk bulatan secara sistematik dan berfokus. Pelajar lebih yakin untuk menghadapi soalan-soalan topik ini dalam peperiksaan SPM akan datang.

Gambar Disini