| Tarikh | 22 Januari 2026 |
| Masa | 3.00 petang – 4.30 petang |
| Tempat | NADI Taman Harmoni |
| Peserta | 1 Orang |
Tujuan:
Objektif webinar ini adalah untuk meningkatkan kesedaran peserta terhadap kepentingan keselamatan siber, memberi kefahaman tentang konsep cyber hygiene dan amalan keselamatan asas seperti pengurusan kata laluan dan perlindungan data peribadi, serta membantu peserta mengenal pasti ancaman siber yang berpotensi dan cara pencegahannya.
Aktiviti:
Sepanjang webinar berlangsung, peserta telah mengikuti sesi penerangan mengenai asas keselamatan siber dan amalan cyber hygiene yang betul. Penceramah turut berkongsi contoh situasi sebenar berkaitan ancaman siber serta langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil oleh pengguna. Selain itu, sesi soal jawab interaktif telah diadakan bagi membolehkan peserta bertanya soalan dan mendapatkan penjelasan lanjut berkaitan topik yang dibincangkan.
