mcmc
Laporan Aktiviti

CYBERSECURITY : ANCAMAN SIBER DI TEMPAT AWAM SLOT 2

Tarikh24 Oktober 2025
Masa3.00 petang – 4.30 petang
TempatNADI Taman Harmoni
Peserta2 Orang

Tujuan:

Webinar ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai keselamatan siber, khususnya ancaman yang sering berlaku di tempat awam. Antara objektif utama program ini ialah:

  • Memberi pengetahuan kepada peserta tentang risiko keselamatan digital seperti card cloningdata theft, dan penggunaan tracker gadget.
  • Menunjukkan secara langsung (live demo) cara penjenayah siber menjalankan aktiviti penggodaman mudah alih dan penyalinan data tanpa disedari.
  • Mendidik peserta tentang langkah-langkah pencegahan untuk melindungi maklumat peribadi dan kewangan.
  • Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penggunaan peranti dan rangkaian Wi-Fi awam dengan selamat.

Aktiviti:

Sesi Pengenalan Ancaman Siber: Penceramah menerangkan jenis-jenis ancaman siber yang sering berlaku di tempat awam.

Live Demo Card Cloning: Demonstrasi secara langsung bagaimana data kad boleh digandakan menggunakan peranti khas.

Demo Tracker Gadget: Paparan cara alat penjejak (tracker) digunakan untuk mengesan dan mencuri maklumat peribadi tanpa kebenaran.

Sesi Interaktif & Soal Jawab: Peserta berpeluang bertanya soalan dan berkongsi pengalaman berkaitan keselamatan siber.

Langkah Pencegahan: Penceramah menerangkan cara mengelakkan ancaman siber melalui amalan keselamatan digital yang betul.