mcmc
Laporan Aktiviti

CYBERSECURITY : ANCAMAN SIBER DALAM DUNIA DIGITAL

Tarikh15 Januari 2026
Masa3.00 petang – 4.30 petang
TempatNADI Taman Harmoni
Peserta2 Orang

Tujuan:

Objektif webinar ini adalah untuk memberi kefahaman kepada peserta mengenai jenis-jenis ancaman siber yang wujud dalam dunia digital seperti penipuan dalam talian, kecurian data dan serangan perisian hasad. Selain itu, program ini turut bertujuan meningkatkan kesedaran peserta terhadap risiko keselamatan siber serta kepentingan mengamalkan langkah-langkah keselamatan yang betul bagi melindungi maklumat peribadi dan data digital.

Aktiviti:

Sepanjang webinar berlangsung, peserta telah mengikuti sesi penerangan berkaitan konsep asas keselamatan siber dan ancaman siber yang sering berlaku. Penceramah turut berkongsi contoh kes sebenar, kaedah serangan siber serta langkah pencegahan yang boleh diambil oleh pengguna. Sesi soal jawab turut diadakan bagi membolehkan peserta bertanya soalan, berkongsi pengalaman serta mendapatkan penjelasan lanjut berkaitan topik yang dibincangkan.