mcmc
Laporan Aktiviti

BAZAR RAYA NADI

Tarikh14 Mac 2026
Masa8.00 pagi – 3.00 petang
TempatNADI Taman Harmoni
Peserta20 Orang

Tujuan:

Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada usahawan tempatan mempromosikan dan menjual produk sempena sambutan Aidilfitri. Selain itu, program ini juga bertujuan menggalakkan semangat keusahawanan dalam kalangan komuniti serta mengeratkan hubungan masyarakat melalui aktiviti yang bermanfaat. Di samping itu, program ini turut memberi pendedahan kepada peserta mengenai keselamatan internet dan ilmu keusahawanan.

Aktiviti:

Program Bazar Raya NADI berlangsung dengan pelbagai jualan produk usahawan seperti aksesori raya, sampul duit raya, baju preloved, beg tangan, kerepek dan kuih raya. Gerai jualan disediakan bagi memberi ruang kepada peniaga memasarkan produk mereka kepada pengunjung.

Selain aktiviti jualan, turut diadakan beberapa pengisian menarik seperti webinar keusahawanan bertajuk “Berniaga dan Berjaya” serta “Jenama Kuat, Pelanggan Melekat” yang memberi pendedahan kepada peserta mengenai strategi perniagaan. Program ini juga diselitkan dengan Kempen Internet Selamat bertajuk “Rakan Virtual: Beware” bagi meningkatkan kesedaran keselamatan siber.