mcmc
Laporan Aktiviti

DILEA : OPEN TUITION SAINS

Tarikh12 Mac 2026
Masa2.45 petang – 3.45 petang
TempatNADI Taman Harmoni
Peserta2 Orang

Tujuan:

Program ini bertujuan untuk membantu pelajar meningkatkan kefahaman dalam subjek Sains Pengajian Am melalui sesi pembelajaran tambahan secara percuma. Selain itu, program ini juga bertujuan memberi peluang kepada pelajar untuk mengulang kaji topik penting, memperkukuh asas pembelajaran serta meningkatkan prestasi akademik dengan bimbingan guru berpengalaman.

Aktiviti:

Program Open Tuition ini dijalankan secara kelas bersemuka dengan penglibatan pelajar daripada pelbagai tingkatan. Sesi pembelajaran merangkumi topik seperti pembiakan, kereaktifan logam serta ulang kaji bab-bab penting mengikut silibus setiap tingkatan.

Pelajar dibahagikan mengikut tahap bagi memastikan penyampaian lebih berfokus dan berkesan. Sepanjang sesi, guru memberikan penerangan, latihan serta teknik menjawab soalan bagi membantu pelajar memahami topik dengan lebih jelas.

Program ini turut menyediakan modul pembelajaran sebagai rujukan tambahan kepada pelajar. Secara keseluruhannya, aktiviti ini memberi manfaat kepada pelajar dalam meningkatkan kefahaman serta keyakinan mereka dalam menghadapi pembelajaran dan peperiksaan.