| arikh | 9 Januari 2026 |
| Masa | 4.00 petang – 4.15 petang |
| Tempat | NADI Taman Harmoni |
| Peserta | 5 Orang |
Tujuan:
Objektif tayangan video ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang konsep dan definisi e-sukan, menjelaskan perkembangan e-sukan daripada sekadar hobi kepada industri profesional, meningkatkan kesedaran tentang peluang kerjaya dalam bidang e-sukan serta membentuk sikap positif terhadap penggunaan teknologi dan permainan digital secara beretika.
Aktiviti:
Selepas tayangan video, satu aktiviti ringkas telah dijalankan bersama enam orang peserta. Aktiviti tersebut merangkumi perbincangan berkumpulan mengenai isi kandungan video, sesi soal jawab bagi menguji tahap kefahaman peserta, perkongsian pandangan tentang kebaikan dan cabaran e-sukan, serta rumusan bersama mengenai kepentingan disiplin, kerjasama dan etika dalam e-sukan.
